ambai I

sejenis tangguk penangkap ikan, belat langgai;

mengambai menangkap ikan (udang dan lain-lain) dengan ambai, menangguk.

ambai II

berambai-ambai bercucuran, berpercikan:
air matanya ~;

mengambai-ambaikan memercikkan (air dan lain-lain).

ambak

[Minangkabau] tambak;

mengambak menambak, menggalang;
subur kerana dipupuk, besar kerana diambak = besar diambak, tinggi dianjung (peribahasa) [Minangkabau] besar (tinggi) kedudukan kerana dimuliakan oleh anak buah.

ambal II

berambal-ambalan berarak-arakan;

ambalan perarakan, kumpulan (orang berarak), pasukan.