ekonomi

1. ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan:
beberapa orang penuntut ~ sedang membantu Kementerian Buruh menyelidiki keadaan pengangguran sekarang ini;
ahli ~
orang yang pakar dalam bidang ekonomi;

2. sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan, dan lain-lain) sesebuah negara:
langkah-langkah perlu diambil dengan segera untuk mewujudkan ~ yang lebih menguntungkan rakyat jelata;

3. keadaan kekayaan atau kebendaan:
pertentangan kaum pasti menghancurkan ~ negara yang maju ini;

4. [bahasa percakapan] urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang, dan lain-lain) dalam rumah tangga;

5. [bahasa percakapan] hemat, kehematan;
~ campuran sistem ekonomi yang sebahagian sumbernya dikawal oleh sektor awam dan sebahagian lagi oleh sektor swasta;
~ kebajikan cabang ekonomi yang memperhitungkan asas-asas ekonomi dari segi kebajikan masyarakat;
~ kewangan cabang ekonomi yang membincangkan soal kewangan dan peranannya dalam ekonomi;
~ makro makroekonomi;
~ mikro mikroekonomi;
~ pertanian cabang ekonomi mengenai pengeluaran (pembahagian dan lain-lain) hasil pertanian;
~ politik cabang ekonomi yang menganalisis ekonomi berdasarkan pendekatan politik;
~ tak stabil ekonomi yang tidak tetap (pengeluarannya dan lain-lain);
~ terbuka ekonomi yang melibatkan perdagangan sesebuah negara dengan negara yang lain;
~ tertutup ekonomi yang tidak melibatkan perdagangan antarabangsa, iaitu tidak wujud aktiviti import dan eksport barang dan faktor pengeluaran;

berekonomi
1. mengerjakan sesuatu dengan berdasarkan asas-asas ekonomi;

2. berhati-hati (menggunakan wang dan lain-lain), berjimat, berhemat, bercermat;

berekonomikan berdasarkan sesuatu sebagai sumber ekonomi:
sistem politik yang berideologikan nasionalisme dan ~ kapitalisme;

keekonomian
1. keadaan berekonomi;

2. [bahasa percakapan] kecermatan, kehematan;

perekonomian hal atau kegiatan ekonomi.

ekonomik

berkenaan sesuatu yang menghasilkan keuntungan atau tidak merugikan, atau yang tidak melibatkan atau tidak menggunakan perbelanjaan, dan sebagainya yang membazir:
usaha yang dijalankan setakat ini masih menghadapi banyak masalah, seperti saiz ladang yang tidak ~.

ekonomis

[Indonesia], [bahasa percakapan] tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan.

ekopelancongan

pelancongan yang berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi (seperti flora, fauna, pantai, tasik, sungai dan lain-lain):
pelbagai kajian dijalankan untuk menjadikan Tasik Bera sebagai pusat penyelidikan dan ~.

ekor I

1. bahagian yang di belakang sekali pada tubuh binatang (biasanya seperti menganjur keluar dari tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan):
~ ikan pari panjang dan tirus ke hujung;
burung merak mempunyai ~ yang cantik;

2.
a) penjodoh bilangan untuk binatang:
dua ~ burung punai;
empat ~ lembu;

b) [bahasa kasar] penjodoh bilangan untuk anak:
anak empat ~ tu, siapa yang menjaganya?

3. sesuatu yang menyerupai ekor:
~ layang-layang itu gunanya ialah supaya layang-layang itu tidak terjal;

4. bahagian yang paling belakang (pada perarakan dan lain-lain):
~ perarakan itu baru saja lalu di sini;

5. [bahasa kasar] pengikut, penganut;

6. = ekoran akibat (perkembangan dan sebagainya) daripada sesuatu peristiwa dan lain-lain, lanjutan:
perbincangan kali ini sebenarnya ialah ekoran daripada ceramah yang kita dengar dahulu;
tindakan yang buruk seperti itu takkanlah tidak ada ~nya nanti;
~ belangkas

a) bayonet yang rupanya seperti ekor belangkas;
b) cucuk sanggul yang rupanya seperti ekor belangkas;
~ buaya sejenis alat yang digunakan untuk membuat keris;
~ cicak rambut yang berjuntai di antara telinga dan pipi;
~ kuda (fesyen) rambut perempuan yang diikat dan berjuntai di belakang seperti ekor kuda;
~ lipas rambut pada lubang tengkuk;
~ lotong sejenis meriam kecil yang hujungnya (pada bahagian belakangnya) seperti ekor lotong;
~ mata sudut mata kiri (kanan) yang di sebelah luar;
~ negeri hujung kampung yang di sebelah hilir;
~ pipi bahagian pipi yang di bawah sekali;
~ pulau hujung pulau yang di sebelah hilir;
~ tikus kikir yang panjang dan bulat (tidak bersegi);
~ anjing beberapa pun diurut akan dia, tiada juga betul = lurus-lurus ~ anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya = habis sepasu minyak ~ anjing, tidak akan lurus = hendak meluruskan ~ anjing (peribahasa) orang yang bertabiat jahat itu bagaimanapun hendak diperbaiki tetap jahat juga;
bagai lintah dipotong ~ (peribahasa) sesuatu yang dilakukan dengan pantas;
tiada tentu ~ kepala (peribahasa) rupa orang yang gemuk dan buruk;

berekor
1. mempunyai ekor, ada ekor;

2. [kiasan] berterusan akibatnya (kesannya dan sebagainya), berpanjangan, berlanjutan:
baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke dalam mahkamah;

berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang, berlarut-larut:
kesal yang dirasa di hatinya ~ pula;

berekoran ~ daripada terbit atau berlaku sebagai perkembangan daripada sesuatu peristiwa, perkembangan, dan sebagainya yang telah berlaku, lanjutan daripada;

mengekor
1. bergayut (bergantung) seperti ekor;

2. mengikut:
Cikgu Midah ~ di belakangnya;

3. mengikut atau menurut(i) sahaja (sesuatu yang dilakukan oleh seseorang), meniru:
penulis kita ~ sahaja, menurut jalan yang sudah ditebang dan ditebas oleh tokoh-tokoh sastera yang lain;
kami angkatan baru pantang ~
;

mengekori mengikut(i) atau menyertai dari belakang:
Leman hanya membuntut orang tua itu seperti anak manja ~ ibunya;

ekor II

~ angin sejenis tumbuhan (herba), daun sejumbuk, Plantago major;
~ kucing
sejenis tumbuhan (herba), Dysophylla auricularia;
~ kuda

a) sejenis tumbuhan (pokok), jati bukit, Dacrydium beccarii;
b) sejenis tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, Cernonia cinerea;
~ kuning
sejenis tumbuhan (herba), Utricularia flexuosa;
~ landak
sejenis tumbuhan (herba), Staurogyne comosa;
~ tupai
sejenis tumbuhan (pokok), Justicia betonica;
pokok ~ anis
= pokok ~ anjing = pokok ~ kucing sejenis tumbuhan (pokok), Uraria crinita;
(pokok) ~ anjing
sejenis tumbuhan (pokok renek), pokok korat tanah, Uraria lagopoides.

ekoran

akibat atau perkembangan seterusnya yang timbul daripada sesuatu peristiwa dan lain-lain, lanjutan (daripada sesuatu yang telah berlaku);

pengekoran perbuatan dan sebagainya mengekori (menerima dan mengikuti sahaja):
dia tidak dapat menerima realiti begitu sahaja, dia membantah ~ tersebut;

pengekor pengikut, penganut.