eklektik

dipilih atau diperoleh yang terbaik daripada berbagai-bagai sumber yang berlainan (berkenaan (dengan) idea, gaya, kepercayaan, objek dan sebagainya):
pendekatan ~;
kaedah ~.

eklektisisme

amalan atau prinsip memilih sesuatu (objek, idea, gaya, kepercayaan, sistem dan sebagainya) daripada berbagai-bagai sumber agar memperoleh pilihan yang terbaik.

ekolalia

1. (Psikologi) kecenderungan seseorang mengulangi atau meniru kata-kata yang baru sahaja dituturkan oleh orang lain secara spontan disebabkan faktor seperti kerosakan otak dan penyakit mental;

2. perbuatan meniru kata-kata orang lain oleh kanak-kanak yang baru belajar bercakap.

ekologi

1. kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya;

2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran:
keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana.