sistem yang melibatkan interaksi antara suatu komuniti (haiwan, tumbuhan, dan sebagainya) dengan alam persekitarannya yang tidak bernyawa.
ekotip
(Biologi) kumpulan tumbuhan atau haiwan dalam sesuatu spesies, yang menyesuaikan diri untuk hidup dalam keadaan persekitaran tertentu.
eksais
cukai atas barang-barang yang dikeluarkan dan digunakan di dalam negeri;
jabatan (pegawai) ~ jabatan (pegawai) yang mengurus dan menjaga pemungutan eksais.
eksantema
(Perubatan) demam yang dicirikan dengan letusan pada kulit, misalnya demam campak.
eksekutif
(orang atau golongan) yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi (syarikat perniagaan dan lain-lain).
eksemplar
[Indonesia-Belanda] helai, (se)buah buku:
beri saya buku itu satu ~.
eksentrik
aneh (berkenaan (dengan) perlakuan, idea dan lain-lain):
orang yang ~;
keeksentrikan perihal (sifat atau keadaan) eksentrik.
ekshibit
(Undang-undang) barang kes.
eksisi
(Perubatan) pembuangan sesuatu organ (struktur, tisu dan sebagainya) badan secara pemotongan semasa pembedahan.
eksistensi
kewujudan:
mereka ketika itu menghadapi penyerbuan buruh asing dan mengetepikan ~ penduduk tempatan.