eksotik

1. berasal dari luar negeri, asing;

2. luar biasa keistimewaannya (fesyen, masakan, dan lain-lain):
restoran itu kerap menghidangkan masakan yang ~;

keeksotikan keadaan eksotik:
hasil sastera itu mendapat perhatian dunia kerana ~nya yang berhubungan dengan penikmatan.

eksotika

(sesuatu seperti fesyen, makanan dan lain-lain yang) luar biasa keistimewaannya:
filem mereka selalu memberikan gambaran klise tentang ~ Dunia Ketiga; kereta ~.

eksotisisme

(Kesusasteraan) keanehan yang tergambar pada aspek latar, peristiwa dan watak yang mempesonakan atau mengasyikkan.

ekspedisi

1. penghantaran atau pengiriman tentera untuk sesuatu tindakan dan lain-lain;

2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat untuk menyiasat (mencari, menemui, dan lain-lain).

eksperimen

1. ujian atau penyelidikan, terutamanya yang dirancang untuk membuktikan sesuatu hipotesis;

2. percubaan pada sesuatu yang baru dan berbeza;

bereksperimen membuat eksperimen:
dia merupakan dramatis yang terus ~;

mengeksperimenkan melakukan eksperimen (terhadap seseorang atau sesuatu):
keupayaan Adi ~nya dalam sajak-sajaknya amat berkesan.

eksperimentasi

perihal (proses, perbuatan, tindakan dan sebagainya) membuat atau melakukan eksperimen, biasanya dalam bidang seni seperti seni lukis, seni teater dan sebagainya:
fesyen ini merupakan ~ terhadap keupayaan pereka fesyen tempatan.

eksplisit (ksplisit) (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat:
arahan yang ~;
Kemala secara implisit dan ~ mempertentangkan unsur kesetiaan dengan pengkhianatan dan ketidakjujuran;

mengeksplisitkan menjadikan eksplisit:
semua pembicara adat berusaha ~ konsep ini.

eksploit

mengeksploit mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dan sebagainya secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri;

pengeksploit orang yang mengeksploit seseorang atau sesuatu.