eksploitasi

1. perbuatan (tindakan dan sebagainya) mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dan sebagainya secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri:
sememangnya sudah ada peraturan tertentu untuk mengelakkan ~ terhadap pekerja asing;
langkah tertentu mestilah diambil dengan segera untuk memastikan gejala rasuah dan ~ harga rumah tidak terus berleluasa;

2. perbuatan (tindakan, usaha dan sebagainya) mengerjakan, memajukan dan sebagainya sumber-sumber alam dan sebagainya dengan sebaik-baiknya untuk mendatangkan keuntungan, faedah dan sebagainya:
projek ini dianggap sebagai suatu ~ lombong-lombong terbiar untuk dijadikan tempat menternak ikan air tawar secara besar-besaran yang menguntungkan;

mengeksploitasi melakukan eksploitasi:
pastikan tiada majikan yang mengambil kesempatan untuk ~ pekerja berikutan kemelut ekonomi yang melanda negara kini;
penduduk luar bandar harus pandai ~ peluang perniagaan yang sedia ada;

mengeksploitasikan mengeksploitasi;

pengeksploitasian perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) mengeksploitasi:
~ wanita dapat dilihat menerusi iklan yang menjatuhkan martabat wanita secara halus;
maklumat yang terkini dapat diperoleh melalui ~ segala kemudahan teknologi maklumat yang tersedia di pasaran;

pengeksploitasi pihak (orang, badan dan sebagainya) yang mengeksploitasi.

eksplorasi

penjelajahan ke lapangan untuk memperoleh sesuatu:
melalui pengamatannya, semua jenis ~ itu merupakan cara untuk belajar.

eksponen

(Matematik) simbol yang ditulis di atas dan di kanan simbol lain untuk menunjukkan setakat mana simbol yang terkemudian itu dinaikkan nilainya, seperti dalam x3.

eksport

1. penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negeri untuk tujuan perdagangan:
ekonomi negara ini akan merosot kiranya ~ getah dan bijih timah beransur-ansur kurang;
dalam hal ~ kita banyak bergantung pada bahan-bahan mentah;

2. barang-barang atau perkhidmatan yang dihantar ke luar negeri:
hasil daripada buah-buahan adalah ~ utama negeri itu;
~ berkembang
(Ekonomi) eksport yang semakin bertambah;
~ semasa (Ekonomi) eksport yang sedang berjalan pada masa ini (sekarang);

3. (Komputer) menghantar keluar maklumat atau data daripada suatu atur cara dalam bentuk yang boleh dibaca oleh atur cara lain;

mengeksport,

mengeksportkan mengirimkan barang-barang dan lain-lain ke luar negeri:
dari pelabuhan ini mudah pula ~ barang-barang itu ke pasaran luar;
semua negara yang moden mesti mengimport dan ~ barang-barang dagangan;

pengeksportan perihal atau perbuatan mengeksport;

pengeksport orang (syarikat dan lain-lain) yang mengeksport.

eksposisi

1. pameran (terutamanya keluaran perindustrian, kerja tangan), ekspo;

2. pernyataan (komen, penjelasan bertulis dan sistematik) tentang sesuatu perkara:
sejarah kesusasteraan ini merupakan suatu ~ persambungan dan perubahan alam fikiran.

ekspres

segera, cepat, pantas;
bas (kereta api) ~ bas (kereta api) yang tidak singgah-menyinggah atau yang cepat tiba dalam perjalanan jauh.

ekspresi

pelahiran maksud (perasaan dan sebagainya) dengan kata-kata (gerak-geri dan lain-lain):
tanpa menonjolkan simbol yang berlebihan ~nya, dan tanpa mempedulikan teknik persembahan;

mengekspresikan menyatakan atau meluahkan perasaan, fikiran, dan lain-lain.

ekspresif

berkenaan sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dan lain-lain) yang dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas:
sama ada melalui cetakan atau catan, Ghafar lebih memperlihatkan kesan ~.