eksistensialisme

fahaman (falsafah) moden yang menekankan pentingnya pengalaman manusia, dan bahawa setiap manusia (pada akhirnya) bertanggungjawab atas segala tindak-tanduknya:
drama tragedi menggarap persoalan yang serius seperti soal-soal prinsip hidup yang berhubung dengan takdir, dan mempersoalkan ~.

ekskavasi

kegiatan penggalian yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang benda zaman purbakala.

eksklusif

berkenaan (tempat, orang, dan lain-lain) yang bertaraf tinggi (dalam masyarakat):
restoran ~;

keeksklusifan keadaan eksklusif:
karya reka yang lebih halus dan indah yang menggambarkan keunikan, ~, dan keaslian usaha seni pertukangan.

ekskursi

perjalanan beramai-ramai ke tempat yang tidak jauh (untuk beristirahat, meninjau-ninjau, dan lain-lain), darmawisata;

berekskursi berjalan atau berpergian beramai-ramai ke tempat yang tidak jauh (untuk melihat-lihat tempat dan lain-lain), berdarmawisata.

eksodus

perpindahan penduduk (meninggalkan kampung halaman, negeri, kota, dan sebagainya) secara beramai-ramai.

eksogami

1. (Antropologi) adat atau perbuatan mengahwini seseorang daripada suku kaum lain;

2. (Biologi) penyatuan dua gamet yang berasal daripada dua induk yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang jauh atau tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

eksosfera

lapisan paling luar atmosfera bumi yang letaknya kira-kira 400 km di atas permukaan bumi.