ekabahasa

1. (berkenaan (dengan) kamus) dalam satu bahasa (keseluruhan kandungannya, iaitu perkataan dan lain-lain yang ditakrif, takrif, serta maklumat lain yang diberikan):
Kamus Dewan ialah kamus ~;

2. (berkenaan (dengan) orang) mengetahui atau boleh bertutur dan sebagainya dalam satu bahasa sahaja (biasanya bahasa ibundanya);

berekabahasa dapat bertutur dalam satu bahasa sahaja:
kelas peralihan untuk murid-murid yang ~ Melayu.

ekamatra

1. mempunyai satu dimensi, berukuran satu;

2. baris puisi yang mempunyai satu kaki matra sahaja.

ekar

ukuran luas yang bersamaan dengan 4840 ela persegi atau 4046.86 meter persegi.