(Kimia) unsur radioaktif bersimbol Es dan bernombor atom 99.
eja
mengeja membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan:
~ perkataan sama ialah s-a-m-a;
ejaan kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf:
penyelarasan ~ khususnya tertumpu pada kata-kata pinjaman (tatanama ubat, bahan kimia, batu, bakteria, virus, kulat, dan lain-lain);
pengejaan perihal mengeja.
ejan I
mengejan meneran (apabila membuang air besar, ketika perempuan hendak bersalin, dan lain-lain);
= rejan I.
ejan II
[Minangkabau];
mengejan, mengejan-ejan memaksa (-maksa), mencari-cari.
ejek
mengejek mempersendakan (mempermainkan, mentertawakan) orang (dengan mengajuk, mengeluarkan kata-kata yang memarahkan dan lain-lain), memperolok-olokkan, mencemuh, menghina, menyindir:
engkau yang ~ dia tadi, sebab itulah ditempelengnya engkau;
ejek-mengejek
saling mengejek antara satu sama lain;
berejekan ejek-mengejek:
antara mereka saling ~;
ejekan perbuatan mengejek, cemuhan, olok-olok (untuk menghina), sindiran:
saya sudah lali dengan ~ mereka semua.
ejen
1. orang (syarikat dan sebagainya) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual:
barang-barang gudang kalau dibeli daripada ~nya tentu lebih murah;
2. orang yang diupah (digaji) untuk melakukan sesuatu untuk orang lain (pemerintah dan lain-lain):
beberapa orang ~ musuh telah ditangkap sebelum mereka sempat melakukan kerja menyerobot;
~ provokasi ejen rahsia yang digaji untuk memprovokasi orang yang disyaki melakukan perbuatan salah.
ejing
sejenis permainan.
ek
[bahasa percakapan] berlagak (menunjukkan kemegahan, keangkuhan, dan sebagainya):
walaupun dia tidak mempunyai kerja, dia selalu ~.
eka
– (Sanskrit) awalan asing esa, satu, tunggal, misalnya ekabahasa.