EGA

[kependekan] enhanced graphics adapter (penyesuai grafik tertingkat).

egah II

mengegah berjalan dengan mengangkat bahu ke depan (kiri dan kanan berganti-ganti).

egalitarianisme

fahaman bahawa semua orang sama rata, dan dengan itu mestilah mendapat hak dan peluang yang sama:
dalam keluarga Melayu amnya dan keluarga Islam khususnya, terdapat ciri-ciri ~ yang mendasari bentuk keluarga demokratik.

ego

persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya:
dan sebagai hamba yang sudah bebas kembali, ~nya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sebagai manusia berkembang dan mengukuh kuat;
beliau mengakui bahawa perasaan ~nya sangat kuat;

keegoan perihal mementingkan diri sendiri:
ia menceritakan segala kesenangannya, dan lebih jauh daripada itu memperlihatkan ~nya.

egois

1. orang yang suka mengutamakan (menonjolkan) diri serta bermegah-megah:
sebagai ~, kita tidak suka dikritik.

egoisme

(Psikologi) sikap (kelakuan) yang mementingkan diri sendiri atau menganggap diri sendiri lebih penting daripada orang lain.