[kata seru] kata untuk menarik perhatian (kerana hairan, terkejut, dan lain-lain):
~ , jaga-jaga sikit ya!;
~, kalau tak silap, itu Encik Nasir!
EEC
[kependekan] European Economic Community (Komuniti Ekonominomi Eropah).
efek I
kesan:
rancangan luar bandar jelas kelihatan ~nya di kampung-kampung.
efek II
[Indonesia-Belanda] surat yang boleh dicagarkan (seperti bon, surat saham, dan lain-lain).
efektif
ada kesannya (pengaruhnya), berkesan, mujarab (berkenaan (dengan) ubat):
satu sistem perkhidmatan awam yang ~ tidak akan wujud semata-mata kerana pelaksanaan disiplin yang kuat sahaja.
efemeral
(Biologi) berkenaan tumbuhan yang menyelesaikan kitar hidupnya dalam jangka masa yang pendek, terutama tumbuhan di padang pasir.
efendi
(Turki) tuan (sebutan bagi golongan bangsawan).
efisien
berkenaan individu, organisasi, mesin, dan lain-lain yang boleh menjalankan tugas dengan cekap (tanpa pembaziran waktu dan tenaga);
keefisienan perihal atau keadaan efisien, kecekapan, keterampilan:
rasuah mengakibatkan turunnya ~ dalam pentadbiran.
efloresens
(Biologi) proses berbunga atau tempoh berbunga.
efluen
(Kimia) sisa buangan cecair (seperti bahan kimia, kumuhan, dan sebagainya) dari kilang, atau kumbahan yang mengalir keluar ke dalam sungai atau laut.