= idah II.
edan
(dan) [Jawa] gila:
entah gadis itu telah ~ entah sekadar berkelakar, ia tidak tahu;
~ kesmaran [sastera lama] gila cinta (berahi), mabuk cinta.
edar
beredar, mengedar ark
1. bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar:
bumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yang tertentu;
bintang ~ bintang siarah, planet;
2. berpindah-pindah dari tangan ke tangan:
surat pekeliling itu sudah ~ beberapa hari dahulu;
3. berundur dari tempat seseorang itu berada (untuk pulang, pergi ke tempat lain, dan lain-lain), berpindah (beralih) tempat:
tamat sahaja pertandingan itu, maka penonton pun ~ pulang;
~ dari meja makan ke tempat rehat;
zaman ~ musim berubah (peribahasa) keadaan sesuatu itu berubah-ubah dari masa ke masa;
mengedari
1. (bergerak) mengelilingi, melegari:
bumi ~ matahari;
2. menjelajahi:
~ dunia dengan basikal;
3. menjalani sekitar:
dibawanya saya ~ jalan-jalan raya di Kuala Lumpur;
mengedarkan, memperedarkan menyampaikan sesuatu daripada seorang kepada seorang lain dan seterusnya, mengelilingkan, menyebarkan:
setiausaha kami telah ~ surat undangan mesyuarat kepada semua ahli;
pelayan dalam jamuan itu ~ pinggan berisi kuih kepada tetamu sekalian;
borang yang diperedarkan dahulu mesti dikembalikan pada hujung bulan ini;
~ wang mengeluarkan wang untuk digunakan oleh rakyat;
edaran
1. = peredaran sesuatu siri perubahan (berkenaan (dengan) keadaan, benda, dan lain-lain) yang berulang-ulang atau yang akan kembali kepada keadaan asalnya;
~ air edaran air menjadi wap, wap menjadi awan, awan menjadi hujan (air);
~ melambung meleset (Ekonomi) perubahan keadaan ekonomi daripada keadaan makmur menjadi meleset, kemudian makmur kembali;
2. (sesuatu) yang diedarkan:
surat ~;
peredaran
1. perihal beredar, gerakan yang berkeliling:
~ matahari;
2. perjalanan dari satu tempat ke tempat lain;
3. perpindahan (wang) dari tangan ke tangan (dalam masyarakat);
4. perkembangan daripada suatu keadaan kepada yang lain:
~ hidup;
~ dunia = ~ zaman perkembangan atau perubahan dunia (masa);
pengedaran perihal (usaha, kegiatan, dan sebagainya) mengedarkan:
~ risalah;
pengedar
1. (Kejuruteraan) alat untuk menyampaikan arus elektrik ke palam penyala silinder;
2. penjual barang-barang kepada penjual runcit atau pembeli:
~ buku.
edema
(Perubatan) kewujudan air yang berlebihan pada ruang antara tisu tubuh sehingga menyebabkan bahagian yang berkenaan kelihatan bengkak.
edik
perintah, pengisytiharan, dan lain-lain yang formal oleh pihak yang berkuasa.
edisi
1. versi tertentu buku yang dicetak pada satu-satu masa:
~ Dewan Bahasa dan Pustaka;
2. bentuk teks yang diterbitkan:
~ kulit keras;
3. keluaran surat khabar atau majalah berkala untuk masa atau tempat tertentu:
surat khabar ~ pagi.
edit
mengedit menyunting (karangan, buku, dan sebagainya);
pengeditan proses (kerja dan sebagainya) mengedit, penyuntingan;
pengedit orang yang mengedit, editor.
editor
orang yang memperbaik (memperkemas) dan menyediakan karangan (makalah, buku, dan sebagainya) untuk dicetak, penyunting, pengedit:
mereka berbicara tentang tanggungjawab ~, penulis, dan pembaca;
~ kopi editor yang menyunting manuskrip dari segi ketepatan dan keselarasan ejaan, istilah, tatabahasa, gaya bahasa, dan gaya penulisan sesuai dengan gaya penerbit.
editorial
1. berkenaan dengan editor (dari segi tugas, tanggungjawab dan sebagainya):
jawatankuasa ~;
2. rencana khas dalam akhbar dan sebagainya yang ditulis oleh editor, pengarang, atau penerbitnya untuk mengutarakan pandangan atau ulasan tentang sesuatu persoalan semasa, lidah pengarang, rencana pengarang.
EDP
[kependekan] electronic data processing (pemprosesan data elektronik).