beredar, mengedar ark
1. bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar:
bumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yang tertentu;
bintang ~ bintang siarah, planet;
2. berpindah-pindah dari tangan ke tangan:
surat pekeliling itu sudah ~ beberapa hari dahulu;
3. berundur dari tempat seseorang itu berada (untuk pulang, pergi ke tempat lain, dan lain-lain), berpindah (beralih) tempat:
tamat sahaja pertandingan itu, maka penonton pun ~ pulang;
~ dari meja makan ke tempat rehat;
zaman ~ musim berubah (peribahasa) keadaan sesuatu itu berubah-ubah dari masa ke masa;
mengedari
1. (bergerak) mengelilingi, melegari:
bumi ~ matahari;
2. menjelajahi:
~ dunia dengan basikal;
3. menjalani sekitar:
dibawanya saya ~ jalan-jalan raya di Kuala Lumpur;
mengedarkan, memperedarkan menyampaikan sesuatu daripada seorang kepada seorang lain dan seterusnya, mengelilingkan, menyebarkan:
setiausaha kami telah ~ surat undangan mesyuarat kepada semua ahli;
pelayan dalam jamuan itu ~ pinggan berisi kuih kepada tetamu sekalian;
borang yang diperedarkan dahulu mesti dikembalikan pada hujung bulan ini;
~ wang mengeluarkan wang untuk digunakan oleh rakyat;
edaran
1. = peredaran sesuatu siri perubahan (berkenaan (dengan) keadaan, benda, dan lain-lain) yang berulang-ulang atau yang akan kembali kepada keadaan asalnya;
~ air edaran air menjadi wap, wap menjadi awan, awan menjadi hujan (air);
~ melambung meleset (Ekonomi) perubahan keadaan ekonomi daripada keadaan makmur menjadi meleset, kemudian makmur kembali;
2. (sesuatu) yang diedarkan:
surat ~;
peredaran
1. perihal beredar, gerakan yang berkeliling:
~ matahari;
2. perjalanan dari satu tempat ke tempat lain;
3. perpindahan (wang) dari tangan ke tangan (dalam masyarakat);
4. perkembangan daripada suatu keadaan kepada yang lain:
~ hidup;
~ dunia = ~ zaman perkembangan atau perubahan dunia (masa);
pengedaran perihal (usaha, kegiatan, dan sebagainya) mengedarkan:
~ risalah;
pengedar
1. (Kejuruteraan) alat untuk menyampaikan arus elektrik ke palam penyala silinder;
2. penjual barang-barang kepada penjual runcit atau pembeli:
~ buku.