e II

[kata seru] kata untuk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dan lain-lain):
~ , tengok rumah terbakar di sana!;
~, jaga baik-baik titi itu licin!;
~, tak malu budak telanjang!

e-dagang

proses menjalankan urusan perniagaan (membeli atau menjual barangan atau perkhidmatan) melalui rangkaian komputer atau internet:
manfaat ~ ini boleh dinikmati oleh semua golongan pedagang dan orang biasa selaku pengguna.

e-mel

maklumat, mesej dan sebagainya yang dihantarkan secara elektronik dari satu terminal komputer ke terminal komputer yang lain;

meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dan sebagainya dengan menggunakan e-mel.

EAEC

[kependekan] East Asia Economic Caucus (Perundingan Ekonominomi Asia Timur).

ebam

([arkaik] sejenis bekas air daripada tembikar yang panjang bulat dan bertutup.

ebek I

penudung jendela (seperti bidai dan lain-lain) untuk melindungi sesuatu ruang daripada panas matahari.

ebeng

mengebeng menari berhadap-hadapan dengan atau bersama-sama dengan wanita joget yang diberi bayaran.

eber

[Kelantan]

1. gelambir, pial (ayam);

2. kain dan lain-lain tudung jendela atau pintu, langsir;

3. bahagian dinding yang menganjur keluar.[