puisi yang terdiri daripada dua kaki matra (iaitu dua pasang kaki yang bertekanan).
dwimingguan
(berlaku atau muncul) setiap dua minggu:
laporan ~;
akhbar ~.
dwimodul
dua modul.
dwimolekul
melibatkan atau mempunyai dua molekul:
kebanyakan tindak balas bersifat ~.
dwimusim
yang berlaku (hidup dan sebagainya) dalam masa dua tahun:
tanaman ~.
dwipaksa
[Indonesia] kata kerja yang boleh bertugas dalam bentuk aktif dan juga pasif (mis sampah masuk matanya dan matanya masuk sampah).
dwipartisan
berkaitan dengan atau terdiri daripada dua parti atau kumpulan politik yang berlainan:
resolusi tersebut difailkan oleh satu kumpulan ~ yang terdiri daripada lima penggubal undang-undang.
dwipecahan
dwicabang.
dwipihak
antara (melibatkan) dua pihak, dwibelah, dwisisi:
perjanjian ~.
dwipurwa
(Linguistik) pengulangan suku kata pertama pada kata akar dengan atau tanpa perubahan dalam nilai bunyi vokal yang terdapat pada suku kata pengulang (mis jejari daripada jari, bebenang daripada benang, dan sesendi daripada sendi), penggandaan suku kata pertama.