orang yang boleh bertutur dalam dua bahasa dengan fasih.
dwibelah
dwipihak, dwisisi.
dwibudaya
mempunyai (mengamalkan) dua kebudayaan yang utama (seperti kebudayaan Inggeris dan kebudayaan Perancis yang diamalkan di Kanada).
dwibulanan
(berlaku atau muncul) setiap dua bulan:
mesyuarat ~;
majalah ~.
dwicabang
mempunyai dua cabang (pecahan), dwipecahan:
pengelasan ~.
dwicekat
dapat menggunakan kedua-dua belah tangan kiri dan tangan kanan dengan sama cekap;
kedwicekatan perihal (keadaan atau sifat) dapat menggunakan kedua-dua belah tangan kanan dan kiri dengan sama cekap.
dwicekung
cekung pada kedua-dua permukaannya (berkenaan (dengan) kanta).
dwicembung
cembung pada kedua-dua permukaannya (berkenaan (dengan) kanta).
dwidarma
dua kemestian atau kewajiban.
dwidaun
mempunyai dua daun.