dursila

(Sanskrit) berkelakuan buruk (jahat dan lain-lain);
perbuatan ~ [Indonesia] perbuatan yang salah.

duru

[Minangkabau];

berduru, berduru-duru berduyun-duyun:
maka baginda pun pergilah berduru-duru dengan orang-orangnya menyelongkar rumah Pinang Peribut.

dusi

[Minangkabau];

mendusi belum jaga betul daripada tidur, masih berasa mengantuk sesudah bangun daripada tidur.

dusin

[Jakarta];

mendusin
1. jaga daripada tidur (sekejap):
dia tidur nyenyak betul, sepicing pun tidak ~;

2. bangun, sedar:
selepas sepuluh minit barulah dia ~ dari pengsannya;

3. mengerti akan, menyedari, menginsafi:
dia tidak dapat ~ maksud yang tersembunyi di sebalik kata-kata itu.

dusta

1. bohong, tidak benar:
katanya dia sedang sakit tetapi itu adalah ~ semata-mata;

2. = berdusta berkata yang tidak benar:
masih kecil lagi sudah pandai ~;

mendusta membuat dusta, bercakap bohong, berkata tidak benar;

mendustai membuat dusta kepada, berbohong kepada, membohongi:
tidak baik kita ~ orang tua kita;

mendustakan menganggap dusta (tidak benar, bohong):
janganlah hendaknya anak-anak kita tergamak ~ ajaran alim ulama itu;

kedustaan perihal dusta, sesuatu yang dusta, kebohongan:
kejujuran adalah sesuatu amanah, dan ~ adalah suatu khianat;

pendustaan perihal mendustai, pembohongan:
~ dan pembohongan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW;

pendusta orang yang suka berdusta, pembohong.

dusun I

1. kampung yang terpencil, dukuh;
orang ~ orang kampung (desa);

2. kebun buah-buahan:
~ yang sudah tua tidak lagi dapat mengeluarkan hasil yang memuaskan;
berfikiran ~nya itu alam ini, belalang disangkakan helang
(peribahasa) orang yang terlalu sempit (terhad) pengetahuannya:
jikalau kerana sebuah ~ maka binasa negeri, haruslah ~ itu dibuangkan (peribahasa) orang yang menyebabkan kacau-bilau di sesuatu tempat haruslah dinyahkan;

berdusun mempunyai dusun (buah-buahan);

pedusunan kawasan dusun, kumpulan dusun.

duta

1. utusan:
raja ~ [sastera lama] ketua utusan;

2. = ~ besar pegawai diplomatik yang tertinggi pangkatnya yang dihantar oleh kerajaan atau negaranya ke negara asing untuk tinggal menetap di sana (selama beberapa tahun) sebagai wakil kerajaannya;

3. wakil yang dilantik secara sah atau dihantar (oleh kerajaan, pertubuhan, firma, dan sebagainya) ke negara asing (mis untuk menggalakkan pelancongan, pelaburan, dan sebagainya):
kumpulan kebudayaan dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dihantar ke Paris sebagai ~ penggalakan pelancongan ke Malaysia;
~ kecil
kanak-kanak yang dihantar ke luar negeri sebagai duta (untuk menggalakkan pelancongan dan sebagainya);
~ pengembara [Indonesia] wakil negara yang pergi ke negara-negara lain untuk menguruskan sesuatu hal;

kedutaan pejabat tempat duta dan pegawai-pegawai diplomatiknya bertugas:
di Bangkok, Amerika Syarikat mempunyai ~ yang terbesar sekali;

perdutaan [arkaik] perutusan ke luar negeri;

peduta, penduta [arkaik] [sastera lama] timbalan (penolong) ketua dalam sesuatu utusan:
apa nama raja dutanya dan siapa ~nya?