duti

cukai yang dikenakan oleh kerajaan terutamanya atas barangan import;
~ eksais duti yang dikenakan pada barang yang dikilangkan di dalam negeri;
~ eksport duti yang dikenakan pada barang yang dieksport;
~ import duti yang dikenakan pada barang yang diimport;
~ kastam duti yang dikenakan pada barang yang diimport atau yang dieksport oleh sesebuah negara;
~ setem duti yang dikenakan pada dokumen (seperti surat perjanjian, dokumen pindah hak milik, dan lain-lain) yang bayar dengan membeli dan mematikan setem.

duyun

berduyun-duyun (datang, pergi, dan sebagainya) beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong:
ketika itu orang sedang ~ pergi ke tempat kerja masing-masing;
pagi-pagi lagi, orang sudah ~ menuju ke Stadium Merdeka.

duyung III

wanita yang kononnya berbadan separuh manusia dan separuh ikan (bahagian ekor) dan tinggal di laut;
air mata (minyak tangis) ~ ark air yang dipercayai boleh dibuat ubat pengasih (guna-guna);
minyak ~, perendang ~ (peribahasa) melawan guru dengan ilmunya atau menghabiskan harta tuan atau ibu bapanya sendiri.

DVD

[kependekan] digital video disc (cakera video digital, iaitu cakera yang boleh menyimpan filem atau muzik yang lebih banyak dan lebih berkualiti berbanding dengan cakera padat).

dwibahasa

1. yang ditulis atau dinyatakan dalam dua bahasa:
majalah Reader’s Digest telah menerbitkan edisi ~nya;
kamus ~
;

2. boleh bertutur dalam dua bahasa (biasanya dengan darjah kefasihan yang sama):
kebanyakan orang Malaysia ~;

berdwibahasa menggunakan dua bahasa:
kebanyakan mereka ~ di rumah dan di asrama;
kita perlu ~ jika mahu menjadi bangsa yang maju;

mendwibahasakan membuat (menyusun, menghasilkan dan sebagainya) sesuatu penerbitan (buku, risalah dan sebagainya) dalam dua bahasa:
tindakan sedang diambil untuk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan;

kedwibahasaan
1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, bilingualisme;

2. kefasihan bertutur dalam dua bahasa, bilingualisme.