dures

(Undang-undang) kekerasan, ugutan, ancaman dan sebagainya (yang salah di sisi undang-undang) yang dipaksakan ke atas seseorang supaya melakukan sesuatu (membuat pengakuan dan sebagainya) yang bertentangan dengan kemahuannya:
pengakuan itu dibuatnya dalam keadaan ~.

duri I

1. bahagian tajam yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan atau binatang:
~ rotan;
~ landak;
~ ikan
tulang ikan;

2. [kiasan] kesusahan atau kesukaran yang dihadapi;
~ di hutan siapa pertajam (peribahasa) kekuasaan Tuhan itu tidak ada batasnya:
adakah ~ dipertajam (peribahasa) perselisihan tidak perlu diruncingkan lagi;
bagai ~ dalam daging (peribahasa) hal yang selalu menyusahkan orang:
air diminum rasa ~, nasi dimakan rasa sekam (peribahasa) terlalu bersedih hati;

berduri mempunyai duri:
kawat ~ kawat berpintal yang diberi berduri daripada kawat yang tajam-tajam;

berduri-duri
1. berduri banyak;

2. [kiasan] banyak rintangan (kesulitan dan lain-lain);

menduri
1. seperti duri:
tajamnya ~ landak;

2. [kiasan] menyakiti (menyusahi dan lain-lain) hati:
~ hatiku melihat perangainya yang tidak senonoh;
kata-kata yang ~
kata-kata yang menyakiti hati.

duri III

1. sejenis ikan laut, Arius spp.;
~ otek, Arius utik;

2. sejenis ikan laut, Ketengus typus;

3. = ~ muncung sejenis ikan laut,Osteiogeneiosus militaris.

durian

1. sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.;
~ api
= ~ daun = ~ tanah sejenis tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus;
~ burung
sejenis tumbuhan (pokok), Durio pinangianus;
~ hutan
sejenis tumbuhan (pokok), Durio malaccensis;

2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sejenis tumbuhan (pokok), Annona muricata;

3. = ~ laut sejenis tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata;
~ tembaga buah durian yang isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap daripada isi durian yang lain-lain;
beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak (peribahasa) sudah berantara (berjarak) seperti saudara yang telah jauh;
dapat ~ runtuh (peribahasa) mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau dengan tidak bersusah payah;
masak ~ masak manggis (peribahasa) perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia daripada lelaki;
seperti ~ menunjukkan pangsa (peribahasa) orang yang gemar menunjukkan kebesaran dirinya;
seperti mentimun dengan ~ (peribahasa) orang yang lemah (bodoh, miskin) melawan orang yang kuat (cerdik, kaya).

durja

[sastera lama] (air) muka, wajah:
wahai aria ningsun ~ yang berseri;
bermuram ~
bermasam muka, bermuram (kerana susah hati, sedih, dan sebagainya).

durjana

1. jahat (berkenaan (dengan) kelakuan, perbuatan, dan sebagainya), keji:
dia mendendami lelaki ~ yang telah menodai kesucian kekasihnya;
melakukan (berbuat) ~
melakukan perbuatan jahat;

2. derhaka (terhadap negara, bangsa, agama, dan sebagainya):
ada golongan pelampau yang ~ terhadap negara Malaysia dan cuba memecah-belahkan rakyat berbilang bangsa di negara ini;

mendurjanakan mendatangkan kesan buruk (kerugian, kerosakan, dan sebagainya):
segeralah berakhir perang yang ~ ini;

kedurjanaan perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian:
kekotoran dan ~ hatinya sudah pun terdedah;

pendurjanaan perihal melakukan perbuatan durjana (derhaka), penderhakaan:
~ terhadap nusa dan bangsa.