berkenaan orang yang mementingkan diri sendiri.
egol
[Jakarta];
mengegol mengungkit, mengumpil.
egomania
sifat atau perasaan terlalu sayang akan diri sendiri dan mementingkan segala kemahuan diri sendiri sahaja.
egos
[Jakarta];
mengegosi mengelak sesuatu, menghindari (dengan berbelok, menyisir, dan lain-lain);
mengegoskan
1. membelokkan untuk mengelakkan sesuatu (kereta dan lain-lain);
2. mengelakkan (pukulan, tikaman, dan lain-lain).
egosentrik
(Psikologi) bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja (tanpa mengendahkan keperluan orang lain).
egosentrisisme
sifat atau sikap mementingkan diri sendiri sahaja tanpa mengendahkan kepentingan orang lain.
egotisme
(Psikologi) perihal mementingkan diri sendiri.
eh
[kata seru] kata untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dan lain-lain):
~, dulu di sinilah dia tinggal! Sudah dipindahkan dia agaknya?
ehem
1. bunyi batuk kecil;
2. [kata seru] kata untuk menyatakan tahu akan sesuatu (rahsia dan lain-lain):
~, aku tahulah!
ehwal
hal, kejadian:
~ semasa.