transfusi

(Perubatan) pemasukan darah ke dalam badan orang yang kekurangan darah, pemindahan darah.

transisi

[Indonesia-Belanda] peralihan daripada suatu keadaan (tempat, tindakan, dan lain-lain) kepada yang lain:
~ daripada pemerintahan penjajah ke arah pemerintahan sendiri.

transistor

1. (Fizik) peranti elektronik yang digunakan sebagai penguat arus, seperti yang terdapat dalam radio dan televisyen;

2. = radio ~ sejenis radio yang menggunakan atau mempunyai transistor dan mudah dibawa ke mana-mana.

transit

1. lintasan barang-barang dagangan, pengangkutan (barang, orang);

2. tempat singgah, persinggahan.

transito

[Indonesia-Belanda] lintasan pengangkutan barang-barang dagangan, transit;
pelabuhan ~ pelabuhan yang menjadi lintasan pengiriman barang-barang antara dua negeri;
perdagangan ~ perdagangan barang-barang yang terus dikirim ke tempat lain.

transkrip

rekod (catatan) rasmi mengenai pencapaian dan kebolehan akademik seseorang pelajar (di maktab, universiti, dan sebagainya).

transkripsi

1. (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dan lain-lain atau daripada rakaman ucapan dan lain-lain;

2. penukaran bahan bertulis daripada sesuatu bentuk ke dalam bentuk lain (mis yang menggunakan sistem fonetik, huruf dalam abjad lain, dan lain-lain);
~ fonemik (Linguistik) transkripsi yang menggunakan lambang fonem, misalnya /pokok/ dan /nyanyi/;
~ fonetik
(Linguistik) transkripsi yang menggunakan lambang fonetik, misalnya [poko(];

mentranskripsikan membuat (menyediakan) transkripsi (sesuatu).

transliterasi

(Linguistik) penukaran huruf (perkataan dan sebagainya) daripada abjad sesuatu tulisan (mis tulisan Arab) kepada huruf yang selaras bunyinya dan sebagainya dalam abjad sistem tulisan lain (mis Rumi);

mentransliterasikan membuat (menyediakan) transliterasi.