(Matematik) (rajah) segi empat yang mempunyai dua sempadan yang selari.
tras
[Indonesia-Belanda] batu yang ditumbuk halus untuk simen.
trauma
1. rasa terkejut (terganggu fikiran yang amat sangat) yang meninggalkan kesan yang mendalam, menakuntukan dan berpanjangan:
pengalaman pernah dijajah oleh bangsa lain itu merupakan ~ yang tidak hilang daripada ingatan kebanyakan penduduknya;
2. (Perubatan) kecederaan fizikal akibat sesuatu kemalangan.
traumatik
amat mengejuntukan sehingga meninggalkan kesan yang mendalam, menakuntukan dan berpanjangan (berkenaan (dengan) pengalaman, kejadian dan sebagainya):
kanak-kanak ini biasanya akan mengasingkan diri, muram dan tidak mahu bercakap setelah mengalami peristiwa yang amat ~..
travelator
laluan pejalan kaki yang bergerak secara mendatar, biasanya terdapat di terminal lapangan terbang dan sebagainya.
travelog
sesuatu ceramah, filem, brosur dan sebagainya yang berkaitan dengan pelbagai kisah perjalanan atau pengembaraan.
trayek
[Indonesia-Belanda] jarak perjalanan di antara dua tempat (dengan bas dan lain-lain).
trek
lorong untuk lumba lari, lumba kereta, dan sebagainya.
treler I
1. sejenis lori panjang yang badannya boleh diceraikan, dan digunakan untuk mengangkut barang:
barang-barang itu diangkut oleh dua buah ~;
2. bahagian belakang lori yang boleh diceraikan daripada kepala lori:
~ itu kemudiannya ditarik oleh kepalalori ke tempat baru.
treler II
sedutan pendek babak tertentu daripada sesebuah filem yang ditayangkan di pawagam atau televisyen sebagai usaha untuk mempromosikan atau mengiklankannya.