trem

1. sejenis kenderaan seperti bas atau gerabak kereta api yang berjalan di atas rel dengan kuasa elektrik (atau ditarik oleh sejenis kepala kereta api kecil):
kereta, ~ dan lanca sudah kelihatan berlari pulang pergi di jalan raya;

2. [bahasa percakapan] troli.

tremolo

(Seni Muzik)

1. teknik tiupan yang menghasilkan suara atau bunyi bergetar;

2. getaran bunyi dalam nyanyian atau permainan alat muzik seperti biola.

trend

arah aliran (gerakan dan sebagainya), perkembangan rentetan kejadian (amalan dan lain-lain) yang seolah-olah menuju ke suatu arah:
laporan Bank Negara menunjukkan ~ pelaburan swasta yang menurun dari setahun ke setahun.

trengkas

kaedah menulis dengan cepat dengan menggunakan palitan-palitan yang mudah atau simbol-simbol lain sebagai menggantikan huruf, perkataan atau frasa:
ilmu ~ pengetahuan mengenai kaedah menulis dengan cepat, stenografi;
mengambil ~ membuat catatan sesuatu yang direncanakan (seperti surat dan sebagainya) dalam tulisan trengkas.

tres

[Indonesia-Belanda] sejenis sulaman benang emas (perak) di tepi baju atau di lengan baju.

triatlon

(Suk) pertandingan olahraga yang menghendaki setiap peserta menyertai tiga acara yang berlainan, iaitu renang, lumba basikal dan larian jarak jauh.

tribahasa

(terdiri daripada, mengandungi, menggunakan) tiga bahasa:
malah ada penerbit yang mengusahakan kamus ~.