perpindahan penduduk dari suatu tempat ke tempat lain.
transmisi
(Kejuruteraan) sistem gear, aci dan sebagainya (pada kereta dan sebagainya) yang menghantar kuasa daripada enjin untuk memutarkan roda kenderaan:
model kereta ini dilengkapi dengan sistem ~ gear automatik empat kelajuan.
transmutasi
(Kimia) perubahan satu unsur menjadi unsur yang lain, misalnya emas menjadi merkuri.
transnasional
berkenaan sesuatu yang melangkaui sempadan atau kepentingan sesebuah negara:
perusahaan ~.
transonik
berupaya bergerak dengan kelajuan yang hampir menyamai kelajuan bunyi:
pada masa depan, kerajaan akan melaksanakan projek pesawat ~.
transparensi
helaian (plastik, dan sebagainya) yang lut sinar yang digunakan untuk menayangkan data (tulisan, gambar rajah, dan sebagainya) pada layar projektor.
transpirasi
(Biologi) kehilangan wap air dari permukaan (terutamanya melalui stomata ) secara penyejatan.
transponder
alat (pada radar atau satelit) yang menerima isyarat dan memancarkannya semula pada frekuensi yang berbeza:
~ ini merupakan peralatan satelit untuk menerima isyarat dari sesebuah stesen lain ke bumi.
transpor
[Indonesia-Belanda] pengangkutan;
barang-barang ~ barang-barang yang diangkut;
kapal ~ [Indonesia] kapal pengangkut pasukan (tentera dan lain-lain);
ongkos ~ [Indonesia] perbelanjaan mengangkut barang-barang dan lain-lain;
perusahaan ~ perusahaan pengangkutan (bas, kapal, keretapi, lori, dan lain-lain).
transvestisme
(Psikologi) kecenderungan memakai pakaian yang lazim dipakai oleh anggota jantina yang satu lagi, terutamanya untuk rangsangan seks.