tragis

[Indonesia-Belanda] sangat sedih, sangat menyedihkan:
cerita itu mengisahkan percintaannya yang ~.

trai

perbuatan meletakkan bola melewati garisan gol pihak lawan (dalam permainan ragbi).

trajektori

laluan melengkung yang diikuti oleh sesuatu objek, misalnya projektil, yang bergerak di ruang udara atau angkasa.

trak

lori berat:
kami mengikutnya keluar stesen besar itu dan melihat beberapa buah ~ tentera menunggu.

trakea

(Biologi) tiub yang menyalurkan udara masuk ke dalam paru-paru vertebrat, batang tenggorok.

trakoma

(Perubatan) sejenis penyakit mata yang berjangkit (menyebabkan kelopak mata sebelah dalam berbintik-bintik merah).

traktat

[Indonesia-Belanda] perjanjian antarabangsa (seperti perjanjian persahabatan dan lain-lain).

traktir

[Indonesia-Belanda];

mentraktir [bahasa percakapan] membelanja makan atau minum (di kedai), menjamu (di kedai makan dan lain-lain):
dia bilang dia mahu ~ bir berbotol-botol.