[Indonesia-Belanda] keseluruhan, kesemestaan, keseutuhan.
totet
setotet sedikit sahaja.
toti
(Tamil) pelayan rumah sakit yang kerjanya mencuci tandas.
totok I
1. bukan peranakan, sejati:
Melayu ~ ;
2. [bahasa percakapan] masih belum ada pengalamannya, masih baru, masih mentah:
ia masih ~ dalam pergaulan.
totok II
[Johor] tekun.
totol
[Jakarta] bintik-bintik;
mentotolkan menitikkan:
bulatan pada kaca seperti pupur yang ditotolkan.
toya I
[bahasa percakapan] kelihatan bodoh, tidak bergaya dan sebagainya:
dia dulu ~, tapi kini bergaya.
toya II, toyah, toyak
[Cina] sejenis tongkat panjang digunakan sebagai senjata;
menoyakan, menoyahkan, menoyakkan memperlakukan (mempermainkan) seperti toya:
dan terbanyak pula Cina bermain pating, ditoyakannya berbagai-bagai lakunya.
toyoh
sejenis tumbuhan (pokok renek), Gonocaryum longiracemosum.
toyol
= hantu ~ sejenis hantu (orang halus yang suka mengganggu orang).