(Undang-undang) salah laku (yang tidak melibatkan pelanggaran kontrak) yang boleh dikenakan tindakan sivil, seperti ganti rugi.
tos
[bahasa percakapan] undian dengan membuang duit syiling dan lain-lain (untuk menentukan kalah menang dan lain-lain);
ditos diundi.
tose
sejenis makanan India yang dibuat daripada beras dan dimakan bersama kuah dal dan sebagainya.
toslet
toclait.
totak
[Kelantan];
menotak memukul (dengan cepat di kepala).
total
1. [bahasa percakapan] jumlah;
2. seluruhnya, semuanya;
~ jeneral [Indonesia] jumlah semuanya;
perang ~ perang habis-habisan (segenap rakyat turut berperang);
ditotal [bahasa percakapan] dijumlahkan, dicampurkan (semuanya).
totalisator
[Indonesia-Belanda] (badan) pengumpulan wang taruhan (dalam perlawanan bola sepak, lumba kuda, dan lain-lain).
totalitarian
berkaitan dengan sistem pemerintahan yang dikuasai oleh seorang atau satu parti politik sahaja dan kewujudan parti-parti pembangkang yang lain tidak dibenarkan.
totalitarianisme
fahaman bahawa sistem pemerintahan sepatutnya membenarkan kewujudan satu parti sahaja.
totaliter
[Indonesia-Belanda] melingkupi seluruhnya (semuanya);
negara ~ negara yang menggunakan seluruh sumber negara (manusia dan benda) untuk kebaikan negaranya;
perang ~ perang total.