sejenis bakul kecil yang kasar buatannya (tempat belacan dan lain-lain).
topong II
[arkaik] ketopong.
toponimi
kajian yang berkaitan dengan nama tempat.
tor I
[Kedah] mencabar (berlari-lari dan mengejar dalam permainan).
tor II
[Kelantan] sejenis permainan kanak-kanak.
torah
tak ~ [Kedah] tidak selesa kerana fikiran terganggu.
torak I
tabung kecil pada alat tenun yang berisi kumparan benang pakan, teropong;
anak ~ kumparan benang pakan yang dipasang pada torak;
batang ~ tangkai torak;
bulat ~ bulat seperti torak (bulat panjang), berbentuk silinder;
torak-torak silinder.
torak II
burung ~ sejenis burung, burung tebang mentua, Rhinoplax vigil.
torak III
kuih ~ = tepung ~ sejenis penganan yang dibuat daripada tepung beras yang dikukus (dimakan bersama santan dan air gula).
toraks
(Biologi)
1. bahagian badan mamalia (tidak termasuk tangan) yang terletak di antara leher dengan abdomen;
2. bahagian badan serangga yang terletak di antara kepala dengan abdomen.