toreh

bertoreh telah digores dengan agak dalam (pada kulit kayu dan lain-lain):
pokok getah di kampungnya banyak yang tidak ~;

menoreh
1. menggores dengan agak dalam (pada kulit kayu, badan dan lain-lain):
~ getah;

2. meretas (membelah) supaya terbuka:
~ buah nangka;

torehan
1. luka yang agak dalam (pada kulit pokok), takik (yang agak dalam);

2. belahan, retasan;

penorehan perihal (proses, perbuatan, usaha dan sebagainya) menoreh:
disebabkan tiada pekerja, ~ pokok getah muda di ladang getah itu masih belum dapat dijalankan;

penoreh
1. alat dan lain-lain untuk menoreh;

2. orang yang menoreh getah.

torek

1. sejenis penyakit telinga bernanah yang baunya busuk dan boleh mengakibatkan tuli;

2. tuli;

= tolek.

torium

(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif, lembut, dan digunakan sebagai bahan api nuklear dan sebagainya.

tornado

ribut angin yang sangat kuat dengan tiupan anginnya kencang berpusar-pusar dan menyebabkan kerosakan teruk, biasanya berlaku di Amerika Syarikat dan Australia.

torpedir

[Indonesia-Belanda];

mentorpedir
1. menembak dengan torpedo, melepaskan torpedo:
sebuah kapal musuh tenggelam kerana ditorpedir oleh kapal torpedo kita;

2. [bahasa percakapan] menggagalkan, mengkhianati, merosakkan (usaha dan lain-lain):
banyak rancangan kemajuan pemerintah yang ditorpedir oleh anasir-anasir jahat;

3. [arkaik] [bahasa percakapan] menaikkan pangkat dan lain-lain dengan sesuka hati saja: daripada seorang pembantu khas dia ditorpedir menjadi seorang pegawai.

torpedo

1. senjata gerak sendiri berbentuk silinder yang membawa bahan letupan yang dilancarkan dalam air dari kapal, kapal terbang, atau kapal selam dan meletup apabila mengenai sasarannya;

2. = kapal ~ kapal perang kecil yang dilengkapkan dengan torpedo;

3. [Indonesia], [bahasa percakapan] bahagian tengah roda basikal (hab) yang dapat memberhentikan basikal;

mentorpedokan menembak dengan torpedo.

torso

(Biologi) bahagian utama tubuh manusia, tidak termasuk kaki, lengan, dan kepala.