[bahasa percakapan] alih-alih, sekonyong-konyong, tiba-tiba;
~ kena roboh tiba-tiba kena roboh.
topah
tufah.
topak
[sastera lama] senapang.
topang I
sangga (penyokong) yang bercabang;
tiang ~ tiang yang di hadapan;
bertopang
1. memakai topang (sangga), disangga, disokong, ditunjang:
dahan pokok itu harus diberi ~ kalau tidak nanti patah;
(duduk) ~ dagu (duduk) dengan dagunya disangga dengan tangan;
2. bertumpu (pada), berdasar (pada), bertekan (pada):
tangannya ~ pada kerusi;
~ lutut duduk dengan meletakkan tangan (siku) pada lutut;
bertopangkan menggunakan sesuatu sebagai topang;
menopang menyangga (menunjang) dengan kayu dan lain-lain yang bercabang:
bahagian hadapan rumah itu ditopang dengan dua batang kayu;
tangannya ~ kepalanya;
Raja Shahrul Alam ~ dagu seraya mengurut-urut janggutnya;
topang-~ bantu-membantu, sokong-menyokong, tolong-menolong;
topangan penopang;
penopang sokong, penunjang, penyangga, penyokong.
topang II
[Minangkabau];
bertopang
1. dibantahi, disangkal, ditegah:
segala perintahnya tidak ~ ;
2. berbantah, bertengkar:
suka ~ dengan sesiapa juga;
menopang membantahi, menegah, menentang.
topaz
sejenis batu permata yang biasanya berwarna perang kekuningan.
topdal
buku peringatan harian dalam pelayaran (mencatatkan laju kapal, keadaan angin, dan lain-lain).
topek
[arkaik];
menopek menghiris (daging) tipis-tipis.
topekong
1. gambar atau patung yang dipuja-puja (disembah-sembah) di rumah berhala, berhala;
2. rumah berhala.
topeng
1. sesuatu yang dipakai untuk menutup muka yang berupa muka orang atau binatang dan lain-lain (dibuat daripada kertas, kulit, dan lain-lain), kedok;
2. penutup muka (supaya jangan dikenali dan lain-lain);
3. = main ~ sejenis pertunjukan wayang yang seluruh pelakonnya memakai topeng;
4. ki perkataan (perbuatan dan lain-lain) yang muluk-muluk untuk mengabui mata orang:
dengan ~ simpati dan cintakan orang Melayu mereka hendak menjajah;
~ gas alat bantu pernafasan yang dipakai untuk melindungi seseorang daripada tersedut gas beracun;
bertopeng menutup muka dengan topeng, memakai topeng, berkedok;
bertopengkan, mempertopeng [kiasan] memakai sesuatu sebagai topeng, memperkedok:
dengan ~ tujuan mahu membela ekonomi bangsa, mereka memeras orang kampung;
menopeng bermain topeng;
menopengi
1. memberi (menjadikan) bertopeng;
2. [kiasan] menyelindungkan (menyembunyikan) maksud sebenar.