topeng

1. sesuatu yang dipakai untuk menutup muka yang berupa muka orang atau binatang dan lain-lain (dibuat daripada kertas, kulit, dan lain-lain), kedok;

2. penutup muka (supaya jangan dikenali dan lain-lain);

3. = main ~ sejenis pertunjukan wayang yang seluruh pelakonnya memakai topeng;

4. ki perkataan (perbuatan dan lain-lain) yang muluk-muluk untuk mengabui mata orang:
dengan ~ simpati dan cintakan orang Melayu mereka hendak menjajah;
~ gas
alat bantu pernafasan yang dipakai untuk melindungi seseorang daripada tersedut gas beracun;

bertopeng menutup muka dengan topeng, memakai topeng, berkedok;

bertopengkan, mempertopeng [kiasan] memakai sesuatu sebagai topeng, memperkedok:
dengan ~ tujuan mahu membela ekonomi bangsa, mereka memeras orang kampung;

menopeng bermain topeng;

menopengi
1. memberi (menjadikan) bertopeng;

2. [kiasan] menyelindungkan (menyembunyikan) maksud sebenar.

berkongsi