sejenis ubat untuk menyegarkan dan menguatkan badan.
tonil
[Indonesia-Belanda] sandiwara;
menonilkan melakonkan, menyandiwarakan.
tonjeng
1. tinggi, lampai (orang);
2. [Johor] tinggi (siput rambut di tengah kepala).
tonjok
[Jakarta] tinju, tumbuk;
menonjok meninju, menumbuk.
tonjol
bengkak (pada kulit, dahi, dan lain-lain), benjol, jendul;
bertonjol, bertonjol-tonjol berbenjol-benjol, berjendul(-jendul):
jerawat bertonjol-tonjol di mukanya;
menonjol
1. merupakan tonjol, berbenjol, berjendul:
kelihatan jelas tulang-tulang ~ keluar;
2. menganjur (menjorok) keluar, menjenguk keluar, menjengul, menyembul:
tiba-tiba kepalanya ~ keluar dari tingkap;
ia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau ada orang datang;
3. kelihatan jelas mencolok mata, sangat nyata:
yang segera ~ ialah sifat sensasi pengarang;
nasihatnya tidak begitu ~ seperti pengarang-pengarang Melayu;
kesalahan-kesalahan yang ~;
menonjolkan
1. menjorokkan, menyorongkan (ke muka):
kutonjolkan empu jariku ke atas untuk mengatakan semuanya berjalan baik;
keretanya itu ditonjolkan ke depan hingga terkena dinding rumahnya;
2. mengeluarkan supaya dilihat (nampak), menampakkan (diri dan lain-lain), menyembulkan, muncul:
~ kepala melalui tingkap;
3. mengemukakan (supaya diketahui dan lain-lain), menjadikan jelas kelihatan, memperlihat-lihatkan, menyodorkan:
ia seorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya;
kulit buku DBP juga hendaklah melambangkan identiti DBP dan sekali gus ~ siri, jenis, peringkat dan kategori buku;
tertonjol teranjur, tersembul:
perutnya kelihatan ~;
tonjolan sesuatu yang menonjol (ditonjolkan);
penonjolan perihal menonjolkan:
~nya dalam filem itu sungguh berkesan.
tonometer
alat untuk mengukur tekanan, terutamanya tekanan dalam biji mata.
tonsil
struktur yang terdiri daripada gumpalan tisu yang terletak di bahagian tekak berdekatan pangkal lidah:
radang ~.
tonsilektomi
pembuangan tonsil secara pembedahan.
tonsilitis
(Perubatan) radang pada tonsil.
tonto
orang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat dan sebagainya untuk menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya oleh pihak berkuasa:
penjual terbabit tidak mempamerkan VCD haram kerana mungkin sudah mendapat maklumat daripada ~ yang mengekori pergerakan pegawai penguat kuasa.