tonton

menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dan lain-lain):
~ perlawanan bola;
jangan ~ saja
jangan melihat saja;

mempertontonkan memperlihatkan (sandiwara dan lain-lain), memperagakan, mempertunjukkan, mempamerkan (lukisan dan lain-lain):
dipertontonkan sebuah drama di televisyen kita;
melihat-lihat barang yang cantik-cantik yang dipertontonkan di kedai;

tontonan pertunjukan (wayang gambar dan lain-lain), sesuatu yang (patut) ditonton:
filem-filem Melayu yang menjadi ~ kita;

penontonan perbuatan menonton;

penonton
1. orang yang menonton (pertunjukan dan lain-lain):
para ~ bertepuk tangan;

2. [kiasan] orang yang hanya menengok saja (tidak ikut serta):
biarlah kita jadi ~ saja.

tonyah

[Kelantan];

menonyah memberi atau menghulur dengan kasar (kerana benci dan lain-lain).

tonyeh

[Johor];

bertonyeh bercakap-cakap panjang atau meleret-leret (antara lelaki dan perempuan).

tonyer

[Kelantan];

menonyer mengejek (dengan mengerut-ngeruntukan muka dan lain-lain).

tonyoh

menonyoh
1. menyentuh dengan hujung jari;

2. menggocoh (meninju) dengan buku jari;

3. [Kelantan] makan dengan biadab sekali;

4. [Kedah] menggosok dengan kuat (untuk mengeluarkan kotoran dan sebagainya):
~ daki di badan;

5. menenyeh;

menonyohkan menonyoh atau menenyeh sesuatu ke:
~ puntung rokok ke bekas abu;

menonyoh-nonyohkan menghantukkan sesuatu kepada sesuatu permukaan beberapa kali:
Rohaya meronta-ronta lagi apabila Riad ~ mukanya ke cermin itu;

tertonyoh tersentuh, terkena:
kadang-kadang mata tenggala ~ perdu jerami.