tradisi

sesuatu kebiasaan (adat, kepercayaan, dan lain-lain) yang kekal turun-temurun, sesuatu yang sudah menjadi amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dan sebagainya):
suatu ~ orang Islam di Malaysia ketika menyambut Hari Raya ialah saling menziarahi;
saya sangat bimbang apabila melihat masyarakat kita yang tidak ada ~ membaca;

bertradisi mempunyai tradisi;

mentradisi menjadi tradisi:
ada pembaharuan itu yang telah ~;

mentradisikan menjadikan sesuatu (fahaman, pemikiran, dan lain-lain) sebagai tradisi:
Islamlah yang ~ kita;

pentradisian proses mentradisikan sesuatu.

tradisional

berkaitan dengan, bersifat, atau mengikut tradisi:
dalam kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~;
masyarakat ~
masyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-temurun;

ketradisionalan keadaan atau sifat yang tradisional:
~nya itulah yang dipuji dan dipuja oleh orang asing.

tradisionalis

pendukung fahaman (ajaran, dan lain-lain) yang berdasarkan tradisi:
reaksi golongan ~ yang mempercayai bahawa ahli hukum Islam telah menyelesaikan masalah sepanjang zaman.

trafik

lalu lintas (kereta, kapal terbang, dan lain-lain);
pegawai kawalan ~ udara pegawai yang mengawal lalu lintas di udara;
polis ~ polis yang mengawal lalu lintas;
~ udara pergerakan lalu lintas pesawat udara secara teratur dalam sesuatu ruang udara.

tragedi

1. cerita (sandiwara, lakonan) yang mengisahkan peristiwa dan lain-lain yang sedih:
persatuan drama ini akan mementaskan ~ tersebut;

2. peristiwa (keadaan dan lain-lain) yang sedih atau menyedihkan:
sajak itu menceritakan suatu ~ tentang pembunuhan dan penderitaan.