benang

1. tali halus daripada kapas, sutera, dan lain-lain yang digunakan untuk menjahit atau menenun;

2. = ~ skru geligir berpilin pada skru;
~ arang benang yang dihitamkan untuk membuat garis lurus (dipakai oleh tukang kayu);
~ emas benang berupa dawai halus yang berwarna seperti emas untuk menyulam atau menenun;
~ mentah benang yang belum dipintal;
~ nanas benang yang dibuat daripada serat nanas;
~ pakan benang pada torak tenun;
~ pancarona benang yang berwarna macam-macam;
~ raja pelangi;
~ sari
a) bahagian yang menghubungkan stigma dan rahim bunga;
b) = ~ serbuk [Indonesia] tangkai tempat sari (serbuk bunga);
bagai ~ dilanda ayam (peribahasa) kusut masai;
menegakkan ~ basah (peribahasa) mengerjakan pekerjaan yang mustahil berhasil;
melanggar ~ hitam (peribahasa) melanggar pantang larang, melanggar adat resam;
sehari selembar ~, lama-lama jadi kain (peribahasa) sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga;

berbenang
1. mempunyai benang;

2. mempunyai benang skru;

membenang
1. merupakan benang;

2. [kiasan] tidak putus-putus, bersambung-sambungan, beraturan;

3. = membenangkan membuat benang skru;

pembenangan perihal atau perbuatan membuat benang (skru);

pembenang (Kejuruteraan) alat untuk membuat benang skru.

benar

1. tidak salah, betul:
ejaannya ~;
salah ~nya;

2. tepat (tidak berbeza daripada keadaan sebenarnya), memang demikian halnya, sungguh, sah:
kalau ~ dia yang memukul adikku, tentu kuadukan kepada bapanya;

3. amat, sangat, sekali:
ramai ~ orang pergi ke pantai;

sebenarnya
1. yang merupakan kenyataan, sebetulnya, sesungguhnya:
orang yang sentiasa menyerukan pembelaan wanita yang ~ menganiaya mereka;

2. yang dikira betul, sebetulnya:
ejaan yang ~ ialah pameran bukan pamiran;

3. begitulah, demikianlah, sungguhlah:
~lah seperti kata cikgu itu;

4. sewajarnya, sepatutnya;

sebenar-benarnya sesungguh-sungguhnya, sebetul-betulnya:
mereka hendaklah ~ menimbangkan dan menguji apa jua ajaran agama dengan adil;

benar-benar sungguh-sungguh, betul-betul, amat sangat:
kata-katanya itu ~ meninggalkan kesan di hatiku;

berbenar, berbenar-benar [Minangkabau] berterus-terang;

membenar, membenar-benar [Minangkabau]

1. berbenar;

2. meminta bantuan;

membenari [Minangkabau] memujuk, mengelon;

membenar-benari mengerjakan sesuatu dengan sungguh-sungguh;

membenarkan
1. membetulkan:
dia cuba ~ kata-katanya yang telah terlanjur itu;

2. menganggap benar, menganggap sah:
khabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan;

3. mengiakan, menyetujui:
Hilmi mengangguk ~ kata-kata itu;

4. memper-bolehkan, mengizinkan:
empunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama;

memperbenar [sastera lama] membenarkan;

kebenaran
1. perihal benar (sesuatu), sebenarnya:
~ pepatah ini dapat diuji;
hanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini;

2. izin:
kedai ini didirikan dengan tidak berlesen atau bersurat ~;

3. sesuatu yang benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya):
aku percaya pada suatu masa dia akan kembali semula kepada ~ dan kenyataan;
~ dan kejujuran itu ialah hakim utama;

4. [Jakarta] kebetulan;

ketidakbenaran perihal atau perbuatan tidak benar;

pembenaran perihal atau perbuatan membenarkan:
~ pandangan ini dari sudut agama.

bencah

tanah yang berlumpur, paya:
banyak sekali ~ di pantai sebelah Barat;
sawah ~
sawah yang diairi;

berbencah, berbencah-bencah berpaya(-paya):
tanah di belakang rumahnya ~.

bencana

1. (mara) bahaya, kecelakaan:
melihat ~ yang menimpa lombong itu seram bulu tengkuk kami;
~ alam
bencana kerana air bah (gempa, angin ribut, dan lain-lain);

2. kesukaran, pengkhianatan, penipuan:
banyak orang takut padanya, tetapi ia tidak berbuat ~;
hendak seribu daya, benci seribu ~
(peribahasa) membuat sesuatu dengan kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan daripada kebalikannya;

membencanai [arkaik] menyukarkan, mengkhianati, menipu;

membencanakan membuat (membawa) bencana;

kebencanaan sesuatu yang mendatangkan bencana, kecelakaan:
humanisme Barat yang mendatangkan ~ dalam kesenian dan ilmu pengetahuan.