longgar dan mudah celus (lulus) seperti cincin di jari dan lain-lain.
belus II
[Indonesia-Belanda] blaus.
belut
sejenis ikan yang panjang (seperti ular) dan licin (hidup dalam lumpur), Monopterus albus;
~ laut, belin, Echidna spp.;
~ kena ranjau (getah) (peribahasa) orang yang cerdik kena tipu;
bagai ~ digetir (diketil) ekor (peribahasa) cepat sekali;
bagai menyukat ~ hidup (peribahasa) pekerjaan yang sia-sia;
bagai ~ diregang (peribahasa) orang yang tinggi dan kurus (atau sakit pinggang);
licin bagai ~ (peribahasa) tiada mudah ditipu (cerdik);
seperti ~ pulang ke lumpur (peribahasa) orang yang telah balik ke tempat asalnya dan payah akan pergi lagi;
berbelut [Minangkabau] menangkap belut;
bagai si kudung pergi ~ (peribahasa) pekerjaan yang sia-sia kerana tidak berkeupayaan melakukannya;
kena kecipak orang ~ (peribahasa) tidak terlibat (mendapat kesulitan) dalam perkara orang lain.
beluting
[Kedah], [Perlis], [Pulau Pinang] kotor.
bemak
[Perak] acuan batu jalan.
bembam
membembam membakar dalam bara atau abu hangat (ubi, ikan, dan lain-lain);
~ bukan terung (peribahasa) perihal orang yang bercakap besar mengenai dirinya.
bemban I
sejenis bubu untuk menangkap ikan yang diikat pada tongkat.
bemban II
sejenis tumbuhan (pokok yang batangnya dibuat bakul, bidai, dan lain-lain), Donax arundastrum;
rumput ~ sejenis tumbuhan (rumput), Cyperus diffusus.
bemban III
sejenis ikan darat, Ompok bimaculatus.
bembar
[Indonesia], [bahasa percakapan] mimbar.