belukap

= bakau ~ sejenis tumbuhan (pokok), bakau hitam, bakau jangkar, Rhizophora mucronata.

belukar

tanah yang ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil;
hutan ~ hutan kecil;
~ sudah menjadi rimba (peribahasa) kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi;
bersesapan ~ (peribahasa) pekerjaan yang tidak sempurna.

belulang

1. kulit yang kering (keras) dan tidak disamak, kapal;
~ kering = tinggal tulang ~ kurus kering;

2. kulit yang tebal dan keras (pada tangan dan lain-lain):
kerana banyak memikul, terdapat ~ pada bahunya;

berbelulang berkulit tebal dan keras, kapalan:
telapak tangannya kesat dan ~.