sejenis ikan yang panjang (seperti ular) dan licin (hidup dalam lumpur), Monopterus albus;
~ laut, belin, Echidna spp.;
~ kena ranjau (getah) (peribahasa) orang yang cerdik kena tipu;
bagai ~ digetir (diketil) ekor (peribahasa) cepat sekali;
bagai menyukat ~ hidup (peribahasa) pekerjaan yang sia-sia;
bagai ~ diregang (peribahasa) orang yang tinggi dan kurus (atau sakit pinggang);
licin bagai ~ (peribahasa) tiada mudah ditipu (cerdik);
seperti ~ pulang ke lumpur (peribahasa) orang yang telah balik ke tempat asalnya dan payah akan pergi lagi;
berbelut [Minangkabau] menangkap belut;
bagai si kudung pergi ~ (peribahasa) pekerjaan yang sia-sia kerana tidak berkeupayaan melakukannya;
kena kecipak orang ~ (peribahasa) tidak terlibat (mendapat kesulitan) dalam perkara orang lain.