[bahasa percakapan] pancaragam.
bena I
endah, hirau, peduli:
janganlah buat tidak ~ kepada budak itu;
~ tak ~ endah tak endah (tidak berapa peduli);
membenakan menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan:
tidak ~ musuh datang.
bena II
[sastera lama] ombak, air bah;
air ~ air pasang.
benah I
sejenis serangga yang merosakkan tumbuh-tumbuhan, Nephotettix bipunctata.
benah II
[Jakarta];
berbenah berkemas-kemas (tempat tidur dan lain-lain);
membenahi mengemaskan (tempat tidur dan lain-lain), mengatur;
pembenahan perihal membenahi, pengaturan:
saya mampu melakukan ~ dan pembersihan diri.
benak I
1. sumsum (isi tulang):
~ tulang;
2. = otak ~ otak (isi kepala):
yang pasti dalam ~ku ialah aku tidak melaporkan hal itu;
menghisap (mencarak, mencucup) ~ ki menghisap darah (mengambil banyak keuntungan daripada orang);
membelah ~ (berkenaan (dengan) sinar matahari) panas sekali;
berbenak berotak;
tidak ~ tidak mempunyai otak, bodoh sekali.
benak II
1. bengap, pekak (duit syiling);
2. = ~ hati bodoh, dungu.
benalu
bendalu.
benam
masuk ke dalam (air dan lain-lain), tenggelam;
berbenam, membenam
1. menenggelamkan diri, tenggelam:
ia melompat ke dalam air dan membenam beberapa waktu;
apakah yang membenam dalam air?
2. menghilangkan diri, bersembunyi:
mahu rasanya dia ~ saja dalam biliknya dari pagi hingga ke petang untuk membaca;
membenamkan
1. menenggelamkan, memasukkan ke dalam air dan lain-lain:
suatu bencana alam telah ~ sebuah bandar ke dalam perut bumi;
2. menyembunyikan, mendiamkan, tidak menampakkan:
kerajaan menyeru supaya parti pembangkang ~ sentimen politik mereka;
3. [kiasan] memasukkan ke dalam jel;
terbenam
1. tenggelam, masuk:
matahari ~ di ufuk barat;
2. terpendam:
harta ~;
benaman
hasil membenam, membenamkan atau terbenam:
pelabuhan bertaraf antarabangsa dulunya hanya berupaya menampung kapal dengan ~ 14.5 meter.
pembenaman perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) membenamkan.