[Kelantan] sejak, semenjak.
setat I
[bahasa percakapan];
menyetat menghidupkan enjin kereta dan lain-lain:
drebar telah masuk hendak ~ kereta;
penyetat alat atau pesawat yang digunakan untuk menghidupkan enjin.
setat II
[Indonesia-Belanda] daftar serta catatan-catatan ringkas berkenaan sesuatu (pegawai, murid, dan lain-lain).
setatar
[bahasa percakapan] alat untuk menghidupkan enjin;
disetatar dihidupkan (dijalankan) enjin.
setatuten
[Indonesia-Belanda] peraturan dasar (syarikat, pertubuhan, dan lain-lain).
setawar
1. sejenis tumbuhan (pokok), tawar-tawar, Costus speciosus;
2. sejenis tumbuhan (pokok renek), bayam beralih, Cyrtandromoea grandis;
3. sejenis tumbuhan (pokok renek), bayam beralah, Cyrtandromoea grandis;
~ betina = ~ gajah = ~ hutan = ~ jantan sejenis tumbuhan (herba), Forrestia spp.;
~ bukit = ~ gunung sejenis tumbuhan (pokok kecil), Pseuderanthemum crenulatum;
~ kampung sejenis tumbuhan (herba), cakar bebek (itik), tapak itik, Kalanchoe laciniata;
~ padang sejenis tumbuhan (herba), ganti batang, kerencung, raja bangun, sedingin, seringin, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum;
~ ular sejenis tumbuhan (herba), bunga kuau cermin, paha ayam, pokok tangkai jerami, rumput lidah jin, Peristrophe acuminata.
setebal
sejenis tumbuhan (pokok), kalung, medang biawak, Alangium nobile;
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar berenas, akar kecubung air, akar rambai daun, Trichosporum radicans.
seteger
[Indonesia-Belanda] para-para tempat orang membuat kerja (seperti membuat rumah dan lain-lain), aram-aram.
seteheng
[Indonesia], [bahasa percakapan] setengah gila, tiga suku (dalam erti kiasan).
setek
[Indonesia-Belanda] potongan batang kayu (dahan dan lain-lain) untuk ditanam, turus.