sejenis ikan laut, Cynoglossus spp.
seter I
[Indonesia-Belanda] bintang (tanda pangkat dan lain-lain).
seter II
[Indonesia-Belanda] = tukang ~ [bahasa percakapan] orang yang menyusun huruf (dalam percetakan), penyusun huruf.
seterika
sejenis alat (diperbuat daripada besi) yang dipanaskan untuk menggosok kain baju dan lain-lain supaya licin;
~ arang seterika yang dipanaskan dengan arang;
~ elektrik seterika yang dipanaskan dengan tenaga elektrik;
berseterika telah digosok atau dilicinkan dengan seterika (kain baju dan lain-lain):
seluar biru panjang yang dipakainya itu keras berkanji dan licin ~;
menyeterika menggosok (melicinkan) dengan seterika:
bangku ini berguna untuk ~ baju kanak-kanak atau lengan baju;
seterikaan
1. barang-barang yang (hendak dan sudah) diseterika;
2. [Jakarta] seterika.
seteru
musuh atau lawan (orang perseorangan):
daripada banyak ~, baik banyak sahabat;
berseteru mempunyai seteru, bermusuh:
barangkali kerajaan akan melancarkan tindakan ~ di luar negara; daripada bersahabat dengan orang yang bodoh, baik ~ dengan orang yang berakal (peribahasa) tidak ada sesuatu pun yang boleh didapati daripada orang bodoh tetapi daripada orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita;
menyeterui memusuhi;
memperseterukan menjadikan seteru, menganggap musuh;
perseteruan perihal berseteru, permusuhan:
umat Arab sebelum Islam sentiasa dalam huru-hara, pertelingakahan dan ~.
setewel
[Indonesia] [arkaik] setiwal.
seti I
[arkaik] sejenis kain sutera.
seti II
sejenis kerusi panjang dengan tempat duduk dan tempat sandar yang berkusyen, boleh diduduki dua orang atau lebih.
setia
1. teguh hati (dalam hal perkahwinan, persahabatan, dan lain-lain), tetap hati:
ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~;
sumpah ~
a) sumpah untuk tetap setia selama-lamanya;
b) sumpah yang tidak akan diubah lagi;
2. berpegang teguh (pada janji dan lain-lain), patuh, taat:
anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dengan rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dengan patuh dan ~;
tidaklah diragui lagi bahawa dia orang yang ~ kepada ketuanya;
~ lencana [Indonesia] pingat tanda kesetiaan (dalam tentera);
S~ Mahkota Johor nama bintang kehormatan yang dianugerahkan oleh Sultan Johor;
~ rahsia pembantu yang mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas;
bersetia mengaku setia, bermuafakat:
lalu ~ dan berjanji penghulu Linggi itu dengan Bugis;
kesetiaan perihal setia, keteguhan hati (dalam hal perkahwinan, persahabatan, dan lain-lain), ketaatan:
Pahang yang dahulunya menjadi sebahagian daripada kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kepada Sultan Johor;
persetiaan perjanjian mengaku setia:
jika akan mungkir daripada sumpah dan daripada ~ itu , janganlah bersembunyi-sembunyi;
Matelieff menandatangani satu ~ baharu dengan Sultan Johor.
setia kawan
berasaskan (memperlihatkan dan sebagainya) perasaan bersatu (bersefahaman, bersepakat dan lain-lain), mempunyai (membayangkan dan sebagainya) pendirian dan kepentingan yang serupa:
menandatangani perjanjian kerjasama dan ~;
semangat ~ adalah penting bagi menjamin kestabilan rantau ini;
kesetiakawanan sikap (pendirian, perasaan, dan lain-lain) setia kawan:
semangat kebangsaan dan ~ menjadi tenaga pendorong untuk ketahanan dan kegigihan dalam persaingan yang hebat.