setiabu

[sastera lama] sejenis ular;
pedang ~
a) sejenis pedang yang bermata tiga;
b) sangkur senapang, benet, bayonet.

setiausaha

1. orang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya) untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan;

2. pegawai yang mengendalikan pentadbiran dan lain-lain sesuatu kementerian (jabatan dan sebagainya), orang yang mengendalikan pentadbiran sesuatu pertubuhan dan sebagainya:
Ketua S~ Kementerian Luar Negeri;
~ Persatuan Sejarah Malaysia;
~ akhbar
setiausaha kepada menteri yang tugasnya menyediakan draf ucapan menteri dan seterusnya mengurus penyiarannya dalam akhbar;
~ kehormat setiausaha yang menjalankan tugas atau berkhidmat secara sukarela (tidak diberi gaji atau upah);
~ parlimen setiausaha kepada menteri dalam urusan yang bersangkutan dengan parlimen;
~ peribadi setiausaha yang mengurus hal-hal peribadi seseorang di samping tugas-tugas rasminya;
~ politik setiausaha kepada menteri dalam urusan yang bersangkutan dengan politik;
~ sulit setiausaha yang mengurus urusan peribadi atau urusan sulit dan sebagainya seseorang atau sesebuah pertubuhan, syarikat, dan sebagainya;
~ syarikat pegawai kanan syarikat korporat yang bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dan sebagainya syarikat;

kesetiausahaan (segala urusan) yang berkaitan dengan tugas atau profesion setiausaha:
dia berjaya dipilih memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~;
kerja-kerja ~.

setiga

[Indonesia] [arkaik] sejenis puisi yang mempunyai tiga baris tiap-tiap serangkap.

seting

pemandangan, persekitaran, atau latar belakang yang dibuat untuk mewujudkan lokasi bagi drama pentas, filem, dan sebagainya.