setan

1. [bahasa percakapan] makhluk halus yang jahat (menggalakkan membuat kejahatan), syaitan:
di sini tempat ~ dan iblis bermain;

2. [kiasan] (orang yang) jahat lagi buruk perangainya:
pelajar-pelajar itu ada juga yang ~-~;

3. [bahasa percakapan] kata makian;

mempersetan, mempersetankan tidak mempedulikan (mengendahkan):
rakyat mempersetankan seruan pengkhianat-pengkhianat itu;

kesetanan dirasuk (diganggu) setan;

persetan [bahasa kasar] jahanam:
~lah dengan mesyuarat;

syaitan

setandang

rumput ~ sejenis tumbuhan (herba), ketumbit akar, rumput anak temot, rumput setawar, rumput sumpu, rumput susur, Borreria articularis.

setang

[Indonesia-Belanda] bahagian yang dipegang untuk mengemudikan basikal (kereta), stereng.

setapuh

sejenis tumbuhan (pokok), beras-beras, buah punai mengantuk, gading betina, menubung, pelangas, sebasah hitam, (minyak, nipis kulit), Aporosa aurea.