sekoyah

sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar katup-katup, kekatup, akar kait-kait rimba, Bauhinia flammifera.

sekretariat

1. jawatan setiausaha;

2. pejabat setiausaha;

3. pegawai-pegawai atau jabatan yang diamanahkan untuk menjaga rekod dan melaksanakan tugas-tugas kesetiausahaan, urus setia.

sekretaris

[Indonesia-Belanda] setiausaha;
~ peribadi setiausaha peribadi;
~ jenderal [Indonesia]
a) setiausaha agung (sesebuah parti politik dan lain-lain);
b) setiausaha tetap (kementerian).

sekretin

(Biologi) hormon yang dikeluarkan oleh duodenum dan berfungsi untuk merangsang pankreas supaya merembeskan jus pankreas.

seks

1. sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan, jantina;

2. keinginan syahwat;
~ bebas perbuatan melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah;
~ rambang perbuatan melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah dengan bertukar-tukar pasangan.

seksa

1. kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dan lain-lain) yang dideritai sebagai hukuman, hukuman yang menyakitkan (menyusahkan dan lain-lain), aniaya, azab:
azab ~ Tuhan akan menimpa orang yang tidak jujur;

2. pedih, sakit, sengsara, susah:
hidup pun ~ benar;

menyeksa
1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dan lain-lain), menganiaya:
lain yang salah lain yang diseksa;

2. menyakitkan, menyusahkan:
~ diri sendiri;

menyeksai menyeksa berkali-kali;

terseksa (telah) mengalami seksa (kesengsaraan, kesakitan dan sebagainya), (telah diseksa):
jiwa mana yang tidak ~;
lebih baik mati di medan perjuangan daripada hidup ~ di bawah cengkaman musuh;

seksaan
1. aniaya, penganiayaan:
mereka menjadikan perkahwinan bukan sebagai syurga dunia melainkan sebagai neraka ~;

2. kesakitan, kesusahan:
keluhannya keluar bagaikan satu ~ yang tidak tertanggung lagi;

penyeksaan perihal menyeksa, penganiayaan:
sekarang dia berasa lapang kerana terlepas daripada ~ jiwa yang dihadapinya;

penyeksa orang yang menyeksa, sesuatu yang menyeksa (peperangan, kebuluran, dan lain-lain).

seksi I

1. seksyen, bahagian:
~ penerbitan majalah;

2. [Indonesia] pembedahan mayat (untuk menyiasat sebab-sebab kematian dan lain-lain).

seksi II

[bahasa percakapan] menimbulkan nafsu syahwat, menggiurkan, memberahikan, mengghairahkan:
berbadan ~;

keseksian keadaan atau sifat seksi:
rambut ikalnya yang hitam mengurai masih menyerlahkan ~ dan kecantikannya.

seksionalisme

sikap lebih prihatin terhadap kepentingan atau kesejahteraan sesuatu puak (kumpulan, golongan dan sebagainya) tertentu, bukan terhadap kepentingan atau kesejahteraan masyarakat seluruhnya.