sikap diskriminasi yang berdasarkan jantina, terutamanya sikap memandang rendah terhadap kaum wanita (oleh kaum lelaki).
seksologi
kajian tentang perlakuan seks manusia.
sekstan
(Ast) sejenis alat optik yang digunakan untuk mengukur sudut dalam pandu arah, seperti altitud jasad samawi.
sekstet
(Seni Muzik)
1. gubahan muzik untuk sekumpulan enam orang penyanyi atau pemuzik;
2. kumpulan muzik yang terdiri daripada enam orang penyanyi atau pemuzik.
seksual
1. berkenaan seks;
2. berkenaan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan;
keseksualan
1. ciri (sifat) atau peranan seks;
2. dorongan seks.
seksualiti
sifat, tabii atau dorongan seks, keseksualan:
masalah yang cuba ditimbulkan ialah masalah ~ di kalangan remaja;
~ juga dianggap sebagai elemen penting bagi mengukuhkan kebahagiaan rumah tangga.
seksuil
[Indonesia-Belanda] yang bersangkutan dengan jantina (seks).
seksyen
1. bahagian kecil daripada badan yang lebih besar (jabatan, kawasan, dan lain-lain);
2. bahagian daripada karangan (undang-undang dan lain-lain), fasal, ceraian;
3. bahagian daripada platun (tentera);
4. bahagian tertentu dalam sesuatu kawasan (bandar dan sebagainya):
beliau tinggal di S~ 3, Bandar Baru Bangi.
sekta
(Sos) sekumpulan orang yang mempunyai kepercayaan agama tersendiri yang berbeza daripada kebanyakan orang lain. sektarian (sktarian) (Sos)
1. berkaitan dengan atau berdasarkan sekta:
pandangan politik ~;
2. berakibat daripada atau disebabkan oleh perbezaan antara sekta:
keganasan ~.
sektarianisme
(Sos) kecenderungan untuk berpecah mengikut fahaman politik, agama dan sebagainya tertentu.