sektor

1. bahagian bulatan yang letaknya di antara dua garisan lurus dari pusat bulatan itu, tembereng tajam;

2. bahagian (daerah) pertempuran (ketenteraan);

3. bidang sesuatu usaha (kegiatan industri, pertanian, dan lain-lain):
~ pertanian merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia;
~ awam
bidang yang berkaitan dengan kerajaan dan orang ramai;
~ swasta bidang yang berkaitan dengan pihak swasta (seperti syarikat-syarikat perniagaan dan sebagainya).

sekubin

~ air sejenis tumbuhan (pokok kecil), mahang, maya-maya, memaya, tampin, Mallotus floribundus.

sekuit

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar (se)jangat, Spatholobus ferrugineus.

sekul

sejenis bekas air atau makanan (daripada tempurung yang ditebuk dan lain-lain).

sekular

berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan:
Islam tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama dengan kehidupan ~;
pendidikan ~
pendidikan yang memberikan pelajaran atau pengetahuan yang bukan bersifat atau berkaitan dengan keagamaan;

mensekularkan menjadikan sesuatu (sistem, fahaman, dan lain-lain) bersifat sekular:
orientalis Barat cenderung untuk ~ sistem perundangan Islam;

kesekularan keadaan sekular;

pensekularan proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan kepada nilai kehidupan duniawi, sekularisasi.