sektor

1. bahagian bulatan yang letaknya di antara dua garisan lurus dari pusat bulatan itu, tembereng tajam;

2. bahagian (daerah) pertempuran (ketenteraan);

3. bidang sesuatu usaha (kegiatan industri, pertanian, dan lain-lain):
~ pertanian merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia;
~ awam
bidang yang berkaitan dengan kerajaan dan orang ramai;
~ swasta bidang yang berkaitan dengan pihak swasta (seperti syarikat-syarikat perniagaan dan sebagainya).

berkongsi