sela

1. = sela-sela ruang di antara dua benda, celah:
dari ~ daun-daun, dipandangnya pemuda itu dengan terharu;

2. sesuatu yang terletak (terselit dan lain-lain) di antara dua benda;
tanaman ~ tanaman (seperti jagung, kacang, dan lain-lain) yang ditanam di antara pokok-pokok lain;

bersela
1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang:
maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi;

2. berseling dengan, bersambut dengan (bunyi dan lain-lain), bertingkah dengan:
bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yang panjang;

bersela-sela berselang-seli, selang-menyelang:
pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yang rendang yang ~ dengan pohon kerambil;

menyela
1. terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dan lain-lain), tersisip, terselit;

2. meletakkan sesuatu di antara dua benda, menyelitkan, menyisipkan:
gerak irama yang teratur rapi itu kadang-kadang disela oleh beberapa baris syair;

3. mencelah atau menyampuk (percakapan orang):
ia mendiamkan dirinya juga tidak sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu;

sela-menyela saling menyela (mencelah), berselang-seli;

menyelakan meletakkan di celah-celah (di antara dua benda, disela), menyelitkan, menyisipkan;

selaan sesuatu yang menyela (diselakan).

selada

1. sejenis tumbuhan (paku pakis), ribu-ribu, Lyangodium scandens;

2. sejenis tumbuhan (herba yang boleh dibuat sayur), salad, Lactuca sativa;

3. sejenis makanan yang diperbuat daripada sayur-sayuran (daun-daun selada, mentimun, tomato, dan lain-lain);
~ air sejenis tumbuhan (herba), Nasturtium officinale;
minyak ~
sejenis minyak (daripada biji-bijian) untuk memasak.

seladang I

sejenis lembu hutan, Bos gaurus;
kerbau tak berkandang ~
(peribahasa) dua bangsa yang tidak dapat bercampur kerana berlainan adat.

seladang II

selantai dan rata (dua tiga buah rumah dan lain-lain);

menyeladang menyeluruh dan merata;
~ bagai panas di padang (peribahasa) sesuatu yang menyeluruh jadinya (penyakit, bencana, dan lain-lain).