badang

nyiru yang besar (yang digunakan untuk menjemur bahan-bahan makanan supaya tahan lebih lama, untuk membawa barang, dan lain-lain);
~ jarang [Kelantan]
a) pandai mengajar tetapi tidak pandai membuat;
b) mulut yang tidak dapat menyimpan rahsia.

badani, badaniah

[Arab] berkenaan badan, jasmani:
perubahan-perubahan di lapangan ~ dan rohani;
nafsu-nafsu syahwat ~;
perhubungan ~
persetubuhan.

badar I

sejenis ikan kecil (seperti ikan bilis);
beroleh ~ tertimbakan (peribahasa) mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka;
melonjak ~, melonjak gerundang (peribahasa) meniru-niru orang yang besar (kaya, mulia).

badar V

batu ~ sejenis batu hablur untuk permata cincin (batu dari Badar, tempat Nabi Muhammad s.a.w beroleh kemenangan).

badari, badau

sejenis ikan yang memakan anaknya;
bapak ~ [Indonesia] pemimpin yang memakai nama pengikutnya untuk mendapatkan keuntungan.

badi

1. kesan buruk yang dialami oleh seseorang seperti sakit (demam dan sebagainya) kerana mendekati bangkai binatang atau orang yang mati terbunuh (mengikut kepercayaan masyarakat Melayu):
terkena ~ kerbau;

2. kelakuan luar biasa yang didapati pada masa dilahirkan (biasanya menyerupai sesuatu jenis binatang seperti kera, anjing, dan sebagainya, mengikut kepercayaan masyarakat Melayu), kenan:
budak itu mempunyai ~ kera;

berbadi
1. mempunyai kelakuan yang serupa dengan, menyerupai:
budak itu ~ seekor kera;

2. suka berlumba-lumba:
tanamkan semangat ~ di jiwa kita untuk kemajuan.