bacok

[Jakarta] tetak, tikam:
sesudah kena ~, ia pun tersungkur;

membacok menetak, menikam:
~ orang dengan parang;

bacokan tetakan, tikaman;

pembacokan perihal membacok, penetakan, penikaman.

bacuk

bekas tempat menakung cecair (daripada buluh dan lain-lain):
Pak Lebai pun sampailah ke ~ niranya.

bacul

tidak bersemangat (untuk melawan, berlaga, dan lain-lain), penakut, pengecut:
tidak berjiwa, lemah dan ~;
ayam ~
ayam jantan yang tidak mahu berlaga;

kebaculan sifat lemah semangat, sifat penakut:
baginda tersenyum mendengar ~ saudagar itu.

bad

(Parsi) [arkaik] angin;
bala ~ di atas angin;
zir~ di bawah angin.

bada II

[Minangkabau];

terbada, terbada-bada;
tidak ~ tidak terhingga (sangat, hebat):
tidak ~ banyaknya.

bada III

[Kelantan];

berbada terlanggar (sesuatu) kerana terdampar (berkenaan (dengan) perahu dan lain-lain):
perahu itu ~ dengan batu karang.

badai I

1. angin ribut (yang kuat dan tiba-tiba datangnya), taufan:
di tengah laut, kapal itu ditimpa ~;

2. keadaan perasaan (fikiran dan sebagainya) yang amat tidak tenteram, keributan, kekacauan:
~ di hatiku masih belum reda;
dunia yang penuh ~;

membadai
1. bertiup kencang (berkenaan (dengan) angin ribut), bertiup seperti badai:
angin ~ dan ombak pun sebesar-besar rumah tingginya;

2. seperti badai, amat sangat:
sedu-sedan mereka masih ~ juga;

3. [kiasan] menyebabkan perasaan (fikiran dan sebagainya) menjadi amat tidak tenteram:
duka ~ jiwanya.